I only count the hours that shine
-->

Saturday 12 August 2017

Top 5 Anime yang popular & korang patut tengok

Ohayou gozaimasu~~ 
Okay semenjak cuti dua bulan selepas habis asasi ni, life memang boring gila tahap undescribable (ha ok perkataan ni tidak wujud di dalam kamus ye, yang betul ialah indescribable. Baiklah awak telah mendapat suatu ilmu hari ini). Ok memandangkan semenjak dua menjak ni nampakla makin ramai yang share anime anime menarik di twitter, (padahal sebelum ni orang suka kata orang yg tengok anime ni tak matang lah, tengok kartun macam budak budak lah), tapi kebelakangan ini ia menjadi suatu trend pula. Eh yeke haha suka hati aku je hm hm ok bukan trend bukan trend

1. Death Note




Tadaaaaa! Ha ni lah cerita dia. Kalau korang tengok anime tapi tak tengok Death Note, korang telah kehilangan fun yang ada dalam anime. Cerita ni pasal Kira, top student kat sekolah yang terjumpa buku Death Note ni kat school compund. Dia bukak la buku ni and dia baca instructions dalam buku tu. So, dia pun letak nama orang-orang jahat dalam buku tu dan tak lama lepastu orang-orang jahat tu pun mati. The thing is, pihak polis nampak benda ni sebagai satu pembunuhan sebab even mereka orang jahat pun, mereka tak patut dibunuh tapi patut dihukum mengikut undang-undang. Ha kat sini lah L (my crush) muncul untuk cari siapa pembunuh (which is Kira). Cerita ni serious best. Penulis sampai jatuh cinta la dekat watak L sebab dia cool gila. 

2. Code Geass

Okay cerita ni kalau tengok episod awal memang nampak macam tak best. Tapi silap. Cerita ni best sangat kalau tengok sampai habis. Serious. Plot twist dia memang 10/10 macamtu. In fact, kalau korang nak cari main character as an antagonist, ini lah cerita yang perfect. Kenapa? Dia antagonis jahat tapi baik. Cerita ni ada dua season. Ending dia sedih gila ramai orang yang tengok menangis nangis. Aku pun menangis tengok ending dia.  Kenapa menangis? Apa yang sedih sangat? Anime je pun. Cerita ni dia ada development of character tau. So, the more you watch it, the more fond you are towards the characters. Tengok sendiri lah nanti faham hehe

3.  Steins; Gate



Seriously, give this anime a try. Episod awal-awal memang agak bosan. Tapi bila dah 4 episod ke atas, baru korang akan faham episod awal-awal. Cerita ni pasal a scientist yang cuba cipta mesin masa melalui microwave. And yes, he did it. Tapi, bila kita tahu yang kita boleh ubah sesuatu dengan hanya putar masa balik ataupun kembali ke masa lalu, mestila kita nak ubah hidup kita kan? Cerita ni bermain dengan psikologi manusia tentang masa dan kematian orang yang kita sayang. 

4) Pandora Hearts


Not bad jugak. Anime based on manga. Ending dalam anime different from the manga sebab dia nak cut short anime ni. Penulis baca manga dia sampai habis sebab nak tahu sangat apa jadi seterusnya. 

5) Chihayafuru

Actually, cerita ni lagi best daripada Pandora Hearts tapi malas nak edit haha. Jangan tertipu dengan sinopsis cerita ni, baca macam tak best tapi bila tengok, hooked terus. Cerita pasal sorang perempuan ni suka main Karuta (a traditional Japanese game) and dia dan kawan-kawan dia masuk tournament Karuta. Cerita pasal friendship juga. Serious rugi tak tengok. image

Oklah. Lima cukup kot. Penat type dah ni. Anime yang penulis recommend ni ada lah anime yg dah tak trending sekarang tapi masih dalam hot list. Contohnya Death Note dan Steins;Gate, dua ni memang dalam top list favourite anime of all time. Tapi yang lain-lain ni dah tak popular tapi pernah popular masa penulis sekolah dulu which is from 2011-2015. 

Okay kita cerita sikit lah background masa bila kita mula minat cerita anime ni. Masa kecil2 dalam umur 5-6 tahun tu opkos lah tengok anime. Siapa je tak tengok anime masa kecil-kecil memang telah mensia-siakan usia kanak-kanak yang pernah ada. Yelah, masa dulu-dulu kan cerita yang hot-hot dok tayang kat tv3 hari sabtu pagi2 takpun masa waktu maghrib. Ayah aku siap suruh tutup tv tiap kali maghrib sebab taknak bising ganggu dia solat. Tapi kerana kedegilanku yang ingin menonton Naruto aku peduli apa masa tu. Kanak-kanak katakan. Solat pun tidak masatu haha 

Okay tapi bila semakin membesar dalam umur 11-12 tahun, ha ni waktu nak ambil UPSR lah ni, memang dah tak layan sangat la anime ni. Tengok juga lah tapi minat yang mendalam sampai tahap boleh dipanggil otaku tu tak lah.
Ok penulis mula minat anime ni masa hujung form 1 nak masuk form 2 gitu. Terjebak dalam dunia anime ni pun sebab ternampak recommended video cerita Death Note kat Youtube.

"Eh tajuk dia Death Note. Macam menarik je ni"

 Maka tangan pun menggatal tekan link video tersebut dan ya kita layan lah episod 1 cerita ni. Ha nak dikatakan cerita ni memang power gila. Lepas tengok episod 1 tu penulis pun nak sambung tengok lagi lah cerita dia sebab nampak menarik. Yelah, dapat bunuh orang kalau kita letak nama dia kat buku tu. Ha hebat kan haha. Lepas habis tengok Death Note, penulis tak boleh nak move on sebab best sangat. So penulis pun cuba cari anime lain dalam website animecrazy. Website ni memang hebat gila la dia punya list anime yg top2 memang semuanya best-best. Malangnya website ni dah lama shut down. Anyway, anime dulu dgn sekarang berbeza sikit dia punya animation and yg dulu2 punya lagi syok daripada yang latest)

Oklah mengantuk ni lain kali kita share pasal top drama/movie pula eh hihi insyaAllah. 

Byebye oyasumi ~~