I only count the hours that shine
-->

Saturday 25 August 2018

My First Year went well

Ok hai makhluk alam semesta sekalian.
Sekarang ada lagi seminggu je masa untuk saya berlibur sebab lagi dua minggu sem 3 akan bermula. And bermula lah my second year in medical school. Ya Allah honestly rasa takut sikit sebab cuti dua bulan after first year hanya berjaya revise untuk subject pharmacology sahaja :') Itupun tak sampai separuh :')

My first year went well Alhamdulillah. Semua subjek lulus. Tapi there's a lot I need to improve. Masa OSCE, I didn't do that well. I didn't get good enough grades macam yg saya mahukan :( I nak masuk dean's list tapi macam tak mampu je. My pharmacology punya grade telah menghancurkan segala angan-anganku :'( Dan masa blok pharmacology juga lah aku banyak distracted kerana seorang mahluk ni tiba-tiba muncul dalam hidup aku. Aku taktahu sama ada ianya adalah satu benda yang baik atau buruk. Yang aku pasti, aku nak akhiri semuanya tapi aku taktahu bagaimana ewah geli pulak aku baca ayat sendiri.

Apa-apa pun I dah ada resolution untuk how I lead my second year life. Memandangkan I nak menduduki my first pro exam. Also, I rasa I dah tersasar daripada jalan yang lurus :') Aku takdela dah sesat ke apa tapi aku rasa macam aku dah jadi makin tak baik. Sepatutnya bila umur aku bertambah, ilmu dan amal aku sepatutnya bertambah la tapi banyak lagi yg aku taktahu soal agama. Wah ni insaf ni lepas hari raya aidiladha huhu sebab haritu bila waktu puasa sunat pun aku taktau :') Yg aku tahu 9 Zulhijjah je. Rupa-rupanya ada lagi daripada 1 Zulhijjah sampai la 9 Zulhijjah :') Umur aku dah 20 baru aku tahu huhu. Yela selama ni bila ummi cakap 'ha sunat puasa esok' masatu aku pun puasa la tapi tak pernah kisah tarikh or apa kepentingan puasa waktu tu.

Ok sekian. Sebab rasa macam nak post. walaupun takdek siapa baca haha !




1 comment:

  1. Hai awak, i'm just wondering what kind of medical school are you in now? My sister just passed her SPM (and she's a bright one :3 with straight A's) and she would love to do medicine. However, looking at the various choices of medical school available now (oh yes, are you in local or oversea's university?), she's not sure which one to choose. Also have you got any scholarship nos (if yes can you share or suggest any scholarship where my sister can give some shots :D)

    Sorry banyak pulak soalan huhu.

    ReplyDelete

komen lah apa-apa pun, janji benda baik.